Wednesday, August 10, 2011

~ puding karamel a.k.a puding gula hangus ~

skang dah masuk 10 ari kita umat islam berpuasa... macam-macan dugaan yang telah dihadapi... termasuk dugaan dengan nafsu... hehehe.. cam biasa nafsu makan memang kuat n mengugat iman... ari ni aku terliur nak menikmati puding karamel... perh nak2 puding karamek yang baru kuar dari peti sejuk... fuh.. memang sedap tekak yang menelan... sejuuuuuuuuk...... ok puding karamel ni juga dikenali sebagai puding gula hangus... cara nak wat very simple just petik jari... hehhee... jom kongsi resepi ngan aku....

Puding Karamel

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min.

selamat mencuba....

Sunday, July 24, 2011

aKu PeCiNtA dURiaN...

salam untuk semua....
skang musin durian tiba lagi.. aku seperti biasa tak sabar menikmati isi durian yang aku anggap pergh... memang best n sedap.. memang rugilah jika ada dikalangan kita yang tidak gemarkan DURIAN... hehehe.. aku dulu terkenal dikalangan kawan2 ku sebagai "hantu durian".. tak sangka hantu durian ni telah diwarisi oleh anak aku... hahaha.. (mak n anak 2x5x2)...
Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. so memang rugi la jika ader diantara kita tidak menggemarinya...
kat cni aku nak citer skit pasal kes durian ni.. hihii.. ader la satu ari tu (ari khamis).. aku g skolah cam biasa la... dari bilik guru untuk ke kelas aku aku melintasi komputer lab.. tiba2 aku terbau la durian ni.. rupanyer geng2 cikgu lelaki ni wat kenduri durian.. hahaha... tersangat la  terliur aku waktu tu tuhan jer yang tau... nak mintak malu sbb aku baru lagi kat skolah tu.. hehehe.. tapi kalau kat skolah lama aku pedulik aper aku redah jer n join sekaki..hihihi.. so balik dari skul ari tu aku per lagi... aku pujuk la aku punyer husband untuk meredah ke area kg pulau rumput untuk mencari durian... hahaha.. mujur la ader.. aku pun memborong durian tu.. balik tu aper lagi aku 3 beranak tibai puas2 durian tu tak hinggat... tu la makan tak ingat kat orang sampai demam2 anak aku.... tapi aper yang aku nak cakap kat cni.. durian tu memang best n tersangat ler rugi kepada sesapa yang xsuka makan durian... saper2 yang ader kebun durian tapi tak suka makan panggil la ku... insyaallah akan aku perabih kan durian korang.. hahahaha.....

Tuesday, July 12, 2011

@@@@@ KiSaH LuCu @@@@@

Assalamualaikum n salam satu malaysia... kat cni aku nak kongsi kat korang kisah2 lucu yang berlaku kat tmpat kita... (hehehe... citer ni pun aku copy n paste... jgn marah...) so jom kongsi...

Cita-cita Tinggi


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

Harta Pusaka Nenek


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Hadiah Perpisahan Guru Besar


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


Rizal yang Insaf


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi". huhuhuu....

PeTuA

assalamualaikum n salam satu malaysia... hiihii... dah lamer aku tak bukak blog aku ni... ternyata masih kekurangan manusia di blog ni.... huhuhu... aper yer aku nak citer.. opst.. luper lak aku nak citer.. minggu lepas berlangsungnya sukan rakyat eh.. eh... salah sukan sekolah bertempat di SK NENASI... wow sambutannya begitu luar biasa n meriah sekali.. maklum la sebelum ni aku tak pernah merasai apa itu sukan sekolah... dah lama tinggal masa kecik-kecik lu... cikgu-cikgu kat sekolah ni semuanyer sporting2 n best n terbaik n lain-lain lagi.... hihihii... sebenarnyer xtau per nak tulis tapi balun je la weh...  tapi macam biasa ler rumah sukan yang menjuarai adalah RUMAH BIRU... semua hadiah dibolot oleh rumah biru.. so tahniah n thanks untuk semua...
mmmm... disaat aku tgh boring ni, pe lagi aku pun menyelongkar ler pe2 yang ader kat dalam jalur lebar ni... fuyoo mcm2 aku jumpa.. ok apa yang aku nak kongsikan ngan korang semua ialah tentang PETUA...
hihihi macam nenek la plok nak bagi petua... ok cucu2 semua... nenek harap cucu dapat baca petua dari nenek yer... nenek pun jumpa petua ni dlm internet so per lagi... copy n paste ler.. tapi tak curik yer just to share ngan korang jugak... ilmu kan... baru berkat... ini adalah petua-petua yang dapat aku search...

  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas\
 mmm... ni satu lagu petua yang patut kita kongsi... selalu nyer kita sibuk nak slimkan badan.. ni lak lain citernyer... sesaper yang nak badannyer berisi skit bleh la cuba petua ni... nampaknyer aku pun kna cuba petua ini.. hihihi nampak sangat keding..


 Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu. 
 

    Thursday, June 23, 2011

    ~pRa $uK@N t@HuN@N~

    Hari ni aku rase seronok sangat.. tau tak sbb per.. firt time dalam sejarah kehidupan guru, aku melihat pra latihan untuk sukan tahunan... sangat meriah walau pun cuma pra latihan.. cikgu-cikgu kat sekolah ini semuanyer memberi kerjasama yang baik drpd semua sudut... memang terbaik drpd diaorg tak kira lelaki mahupun perempuan... kat cni ader beberapa keping gambar yang yang sempat aku curik2 ambil... jom tengok!


    skang ni diaorang tengah wat acara padang lompat jauh... kelihatan pasukan rumah BIRU sedang berlatih untuk memilih siapakah yang layak.... pemilihan amatlah sengit..  aku rasa umah BIRU akan menjadi JOHAN memandangkan aku salah seorang GURU dari pasukan rumah biru.. hehehe.. semoga Sukan Tahunan SK NENASI berjalan dengan lancar pada 3 Julai 2011 ini.. insyaallah...

    Wednesday, June 22, 2011

    **** mata oh mata *****

    huwruahhhh..... mmm arini rasa ngantuk sangat ni.... huhuhu.. ngatuk nyer la mata.. xdek ker mana-mana badut nak wat lawak kat aku waktu-waktu mcm ni... ini dah kritikal ni.. mcmana nak drive balik kalu mcm ni... wei... tolong la aku wei....
    ader kopi tak... mai secawan... hehehe...
    mm arini ader sorang anak murid aku ni.. memang telatahnyer mencuit hatiku.. budaknyer kecil nak kulitnyer sawo matang.. topic p n p aku arini ialah COLOURS.... so aku ajar lah diaorang pasal colours.... dah abis ajar tu aku bagi la excercises.... inilah hasilnyer....
    cantik tak ? ni hasil kerja yang dibuat oleh anak muridku yang bernama Nurafiqah iwani... budak ni sangat bangus n sentiasa memberi komitmen kepada guru-gurunya...
    tapi aper yang lucunyer mengenai anak murid aku ni ialah dia tanyer aku BROWN tu warna aper ? so aku pun soal dia balik... fiqah.. tangan fiqah warna per? fiqah pun jawab lah warna putih cikgu.. member2 yang lain cbuk dok gelakkan fikah... nakal-nakal tul diaorang ni.. tapi aper yang penting murid-murid disini benar-benar pendidikan khas n sentiasa membuat hatiku terhibur...
    so kepada cikgu-cikgu.. mintak tolonglah jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai guru untuk mendidik.. kerana itu adalah amanah yang diberi kepada kita...

    Tuesday, June 21, 2011

    corat-coret...

    sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 5.00 petang... perut dah lapar.. aper nak buat yer.. lesson plan dah siap... aper kata kita masak arini... mmm.. menu arini ialah mee tomyam... cair lak air liur.. jaga2 kang menitik plak.. hihihi... bukak peti kosong xdek per... mmmm aper lagi oder sajer la... hahaha.. (sebenarnyer malas nak masak) arini aku order kuew teow tomyam n kuew teow sup... perg memang sedap n menjilat sudu... tengah-tengah makan anak aku SH DHIA AFRINA cakap.. " ibu.. ibu.. semalam dhia mimpi aki.. aki(arwah ayah aku) ajak dhia g taman" terkesima aku dengan statement anak aku.. takut pun ader mcm2 lagi yang bermain dipikiran.. argh.. mungkin itu mainan tidur.. so lupakan sahaja walaupun hati n fikiran terganggu.. okey la stakat ni coretan n bebelan dari aku.. hhuhu,, sebenarnyer aku dah xdok idea.... dah tak tak tahu nak tulis aper.. mata lak ngantuk... k la semua kat cni aku lampirkan sekali puteri tunggal kesanyanganku...
    macam ibu dia jugak..


    ini lah puteri kesanyangan ibu & walid ~ SHARIFAH DHIA AFRINA