Thursday, June 23, 2011

~pRa $uK@N t@HuN@N~

Hari ni aku rase seronok sangat.. tau tak sbb per.. firt time dalam sejarah kehidupan guru, aku melihat pra latihan untuk sukan tahunan... sangat meriah walau pun cuma pra latihan.. cikgu-cikgu kat sekolah ini semuanyer memberi kerjasama yang baik drpd semua sudut... memang terbaik drpd diaorg tak kira lelaki mahupun perempuan... kat cni ader beberapa keping gambar yang yang sempat aku curik2 ambil... jom tengok!


skang ni diaorang tengah wat acara padang lompat jauh... kelihatan pasukan rumah BIRU sedang berlatih untuk memilih siapakah yang layak.... pemilihan amatlah sengit..  aku rasa umah BIRU akan menjadi JOHAN memandangkan aku salah seorang GURU dari pasukan rumah biru.. hehehe.. semoga Sukan Tahunan SK NENASI berjalan dengan lancar pada 3 Julai 2011 ini.. insyaallah...

Wednesday, June 22, 2011

**** mata oh mata *****

huwruahhhh..... mmm arini rasa ngantuk sangat ni.... huhuhu.. ngatuk nyer la mata.. xdek ker mana-mana badut nak wat lawak kat aku waktu-waktu mcm ni... ini dah kritikal ni.. mcmana nak drive balik kalu mcm ni... wei... tolong la aku wei....
ader kopi tak... mai secawan... hehehe...
mm arini ader sorang anak murid aku ni.. memang telatahnyer mencuit hatiku.. budaknyer kecil nak kulitnyer sawo matang.. topic p n p aku arini ialah COLOURS.... so aku ajar lah diaorang pasal colours.... dah abis ajar tu aku bagi la excercises.... inilah hasilnyer....
cantik tak ? ni hasil kerja yang dibuat oleh anak muridku yang bernama Nurafiqah iwani... budak ni sangat bangus n sentiasa memberi komitmen kepada guru-gurunya...
tapi aper yang lucunyer mengenai anak murid aku ni ialah dia tanyer aku BROWN tu warna aper ? so aku pun soal dia balik... fiqah.. tangan fiqah warna per? fiqah pun jawab lah warna putih cikgu.. member2 yang lain cbuk dok gelakkan fikah... nakal-nakal tul diaorang ni.. tapi aper yang penting murid-murid disini benar-benar pendidikan khas n sentiasa membuat hatiku terhibur...
so kepada cikgu-cikgu.. mintak tolonglah jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai guru untuk mendidik.. kerana itu adalah amanah yang diberi kepada kita...

Tuesday, June 21, 2011

corat-coret...

sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 5.00 petang... perut dah lapar.. aper nak buat yer.. lesson plan dah siap... aper kata kita masak arini... mmm.. menu arini ialah mee tomyam... cair lak air liur.. jaga2 kang menitik plak.. hihihi... bukak peti kosong xdek per... mmmm aper lagi oder sajer la... hahaha.. (sebenarnyer malas nak masak) arini aku order kuew teow tomyam n kuew teow sup... perg memang sedap n menjilat sudu... tengah-tengah makan anak aku SH DHIA AFRINA cakap.. " ibu.. ibu.. semalam dhia mimpi aki.. aki(arwah ayah aku) ajak dhia g taman" terkesima aku dengan statement anak aku.. takut pun ader mcm2 lagi yang bermain dipikiran.. argh.. mungkin itu mainan tidur.. so lupakan sahaja walaupun hati n fikiran terganggu.. okey la stakat ni coretan n bebelan dari aku.. hhuhu,, sebenarnyer aku dah xdok idea.... dah tak tak tahu nak tulis aper.. mata lak ngantuk... k la semua kat cni aku lampirkan sekali puteri tunggal kesanyanganku...
macam ibu dia jugak..


ini lah puteri kesanyangan ibu & walid ~ SHARIFAH DHIA AFRINA

@@@ renung2 kan & selamat beramal @@@

Assalamualaikum n selamat malam....
untuk makluman korang aku ni baru 2 hari bekerja di tempat baru... walaupun perjalanan jauh dan mengambil masa kira2 setengah jam tapi hati aku begitu gembira n happy sangat-sangat... suasana disini begitu berbeza serta corak pentadbiran yang diberi begitu baik sekali.. kawan-kawan baru kat cni semuanyer peramah n baik hati..
tapi... dalam kegembiraan hati aku bertugas disana ader jugak perasaaan sedih... korang bayangkan jika korang ditukarkan ke sesuatu tempat... disebabkan pertukaran korang kesitu menyebabkan orang disitu bertukar ketempat lain... KENAPA JADI MACAM NI????? aku cukup sedih kenapa semua ini terjadi... walaupun pertukaran aku dirancang oleh mereka-mereka yang terlibat (dengan membuat laporan palsu) jangan mereka ini melibatkan perkhidmatan orang itu terganggu... begitukah  manusia yang dicipta oleh Allah yang dikatakan sebaik-baik kejadian... mungkin kadang kala Allah itu mahu menguji setahap mana kesabaran kita sebagai manuisia biasa... dan mungkin juga Allah itu mahu menguji setakap mana Manusia itu menggunakan kuasa mereka... kalau korang berada ditempat aku korang akan rasa bagaimana peritnyer aku melalui semua yang berlaku ini....
satu je la aku nak pesan kat korang.. selagi korang ada kuasa korang janganlah menggunakan kuasa itu untuk menganayai manusia lain.. kerana kuasa itu hanya dipinjam sementara kepada kita di dunia dan ia bila-bila masa sahaja boleh di tarik... begitulah yang terjadi kepada FIRAUN....
mohon kita jauhkan dari segalanyer... doa dari mereka-mereka yang teranaiaya ini selalunya dimakhbulkan.... Moga Allah memberi petunjuk dan selamatkan mereka dari melakukan kemungkaran... Amin...

Sunday, June 19, 2011

~selamat hari bapa~

Tanggal 19 jun 2011 merupakan hari yang begitu istimewa untuk mereka yang bergelar BAPA, WALID, PAPA, AYAH, ABAH, APA, dan yang lain-lain... tetapi setiap kali datangnyer hari bapa aku begitu teringat sekali kepada arwah ayahku yang telah kembali ke rahmatullah... sudah lama aku tak menziarahi kuburnya.. hati terasa rindu dan bait-bait kenangan yang lalu sentiasa menjelma kembali seperti baru semalam aku berada disampingnyer... untuk makluman korang semua ayahku merupakan seorang yang sangat baik serta kuat smangat dan beliau meninggal akibat penyakit yang amat ditakuti oleh kita semua iaitu LEUKIMIA.
korang bayangkanlah bagaimana dihari penikahan korang ayah korang terpaksa dimasukkan ke hospital ddan aper yang menyedihkan ayahku terpaksa mewakil walikan perkahwinan aku kepada pakcik aku... sedih sangat2..... selepas 2 bulan perkahwinanku.. ayahku kembali ke rahmatullah dan ia disaksikan lebih kurang 50 orang di hospital kuantan... sedih cukup sedih sekali...beruntung korang semua yang masih mempunyai ayah dan aku harap korang lebih menghargai kerana tanpa dia siapalah kita...
dengan ini aku ingin menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapaku iaitu Razali @ Ghazali bin Abu Bakar semoga dia ditempatkan di syurga..
AL-Fatihah....

~$EpEt@nG bEr$@MA @kU~

eiiii... geramnyer aku... arini aku dah bantai KOKYA 3 pinggan.. tak cukup dengan itu lunnch tengah hari pun aku dah bantai... tapi... tapi... naper perut aku ni masih LAPARRRRRRRRRRRRRR.... huhuhu.. adakah aku ni luper nak baca doa... mm atau perut aku ni ader cacing... argh.. tak lojik.... sememang perut ni memang ditugaskan untuk lapar, lapar n lapar.. kalau perut ni tak lapar alamatlah segala benda yang jual di kedai tu semuanyer la tak lakku... logik tak statement aku ni.. argh.. peduli lah semua ni.. yang penting aku nak MAKANNNNNNNNNNNNNNNN............
mm tapi menu ape untuk pentang ni... fuh... tinggi tul selera aku petang ni.. aper aku nak wat ye... dikelebek kelebek apaer yang ader kat dapur aku terjumpalah benda alah ni.. nak tau per.. cuba korang teka...
ok takyah la teka.. kalau korang teka pun wat rugi air liur jer.. bukan nyer aku dengar.. hihihi... ok dipendekkan citer ini lah benda yang aku jumper....



korang kenal tak benda alah yang ka atas tu.. ini lah yang dipanggil pulut hitam... ok.. hari ni menu petang aku ialah bubur pulut hitam.. mmm cair air liur aku... skang ni aku dah tengah masak pulut hitam biat kambang... bubur ni memang peberet aku.... nak2 kalau ltak dalam peti makan sejuk-sejuk lagilah sedap...
korang ni pernah tak makan bubur pulut hitam..  pergh memang sedap.. cara masak pun sangat la simple mcm mak korang wat bubur kacang... very simple kan.. just guna santan, gula... senang sahaja..
aku harap korang dapat mencuba n menikmati kelazatan pulut hitam... kat cni ader aku letak gambar bubur pulut hitam (bukan yang aku buat) untuk sajer2 wat tatapan korang....(sajer jer nak suh korang terliur.. heheheheh)...



mOrNiNggggggggg SeMuA.......................

mmmm... ujung-ujung minggu ni tak tau nak makan per.. dengan tak semena mena aku pun membuka pintu almari yang menempatkan stor makanan aku.... mmm masih banyak lagi benda-benda yang aku bleh create untuk sarapan pagi... hihihi... (save budget la tu tak nak makan kat kedai).. korang tau tak aper yang aku jumpa....



 korang kenal tak aper yang kat atas ni.. ni tempat kitaorang panggil mee lidi. mee ni memang payah nak dapat sampaikan makcik aku yang duduk kat seremban pun beli banyak2 kat cni untuk bwak blik ke cna. pikir punyer pikir akhirnya aku dapat satu idea.. hihihi.. korang tau tak aku wat sarapan per.. hihihi... aku wat menu KOKYA... kortang mesti tak pernah dengar kan menu ni... menu ni terkenal kat negeri pahang.. KOKYA ni ialah satu jenis masakan yang begini rupanyer...



 

mee kokya ni sama seperti laksa kerabu..( dimakan dengan kuah lemak putih). ... cuma kokya ni dimakan dengan mee lidi seperti pic yg aku tunjuk tadi.. rasanyer sangat lazat...aku dah masuk 3 pinggan dah makan.. dan akhirnyer aku....


 hihihihi... rugi KOKYA yang aku makan tadi...... huhuhu....