Sunday, June 19, 2011

~selamat hari bapa~

Tanggal 19 jun 2011 merupakan hari yang begitu istimewa untuk mereka yang bergelar BAPA, WALID, PAPA, AYAH, ABAH, APA, dan yang lain-lain... tetapi setiap kali datangnyer hari bapa aku begitu teringat sekali kepada arwah ayahku yang telah kembali ke rahmatullah... sudah lama aku tak menziarahi kuburnya.. hati terasa rindu dan bait-bait kenangan yang lalu sentiasa menjelma kembali seperti baru semalam aku berada disampingnyer... untuk makluman korang semua ayahku merupakan seorang yang sangat baik serta kuat smangat dan beliau meninggal akibat penyakit yang amat ditakuti oleh kita semua iaitu LEUKIMIA.
korang bayangkanlah bagaimana dihari penikahan korang ayah korang terpaksa dimasukkan ke hospital ddan aper yang menyedihkan ayahku terpaksa mewakil walikan perkahwinan aku kepada pakcik aku... sedih sangat2..... selepas 2 bulan perkahwinanku.. ayahku kembali ke rahmatullah dan ia disaksikan lebih kurang 50 orang di hospital kuantan... sedih cukup sedih sekali...beruntung korang semua yang masih mempunyai ayah dan aku harap korang lebih menghargai kerana tanpa dia siapalah kita...
dengan ini aku ingin menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapaku iaitu Razali @ Ghazali bin Abu Bakar semoga dia ditempatkan di syurga..
AL-Fatihah....

No comments:

Post a Comment