Tuesday, June 14, 2011

TANDA-TANDA HARI KIAMAT...

tentang bil akan berlakunya hari kiamat hanya Allah swt yang mengetahui. Sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.” (QS. Thaha:15). Oleh itu tiada seorang pun yang mengetahui bila hari kiamat akan tiba. Allah swt hanya memberikan tanda-tanda menjelang datangnya kiamat.
Berdasarkan hadith-hadith Rasulullah saw, tanda-tanda hari kiamat adalah seperti berikut:
1.    Tanda-tanda shugra (kecil), yang sebahagian di antaranya sudah nampak dalam kehidupan sekarang ini:
  • Ajaran Islam kurang diperhatikan dan bahkan ditinggalkan oleh kaum Muslim.
  • Jumlah ulama (ahli agama) yang sesungguhnya semakin sedikit, sebaliknya banyak orang bodoh yang mengaku ulama dan menyesatkan umat.
  • Perzinaan dilakukan terang-terangan dan sudah menjadi suatu kebiasaan di masyarakat sekarang.
  • Manusia selalu mabuk yang  dan selalu dilakukan seolah bukan perbuatan yang diharamkan.
  • Jumlah wanita semakin banyak dibandingkan dengan lelaki, dan mereka sudah tidak malu lagi berpakaian setengah telanjang.
  • Banyak wanita yang berdandan/berpenampilan seperti lelaki, begitu juga sebaliknya.
  • Umat manusia berlumba mencari kekayaan dengan jalan yang tidak halal serta makan riba.
  • Ibu bapa menjadi seperti anak kecil dan diperlakukan sewenang-wenang oleh anak-anaknya.
  • Semakin banyak fitnah yang menimpa umat Islam.
  • Semakin sering terjadi bencana alam, pembunuhan, dan peperangan.
  • Banyaknya perceraian.
  • Bermewah-mewah dalam membangun masjid sementara jamaahnya sedikit, serta saling membanggakan keindahan masjid.
2.    Tanda-tanda kubra (besar)
  • Waktu berputar semakin cepat, sehingga setahun terasa sebulan, sebulan terasa seminggu.
  • Matahari terbit di sebelah barat.
  • Keluarnya Dajjal.
  • Adanya Ya’juj dan Ma’juj, iaitu segolongan umat manusia yang mempunyai kekuatan besar dan berpikiran sesat.
  • Turunnya Imam Mahdi ke dunia untuk meluruskan syari’at Islam dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw.
  • Turunnya Nabi Isa as. dari langit yang akan memperjuangkan kebenaran bersama Imam Mahdi. Dialah yang menumpas Dajjal serta mengajak umat manusia mengesakan Allah swt dan menyembah-Nya.
  • Hilangnya Al Quran dari mashaf san hati umat manusia sehingga hilang pedoman.
Tanda-tanda kecil datangnya hari kiamat secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda besar, serta sebahagiannya sudah terjadi. Jika tanda-tanda besar muncul telah muncul satu, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya, iaitu yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat. Demikianlah kita sebagai umat manusia hendaknya sentiasa mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan  taat dan takwa kepada Allah swt, kerana tanda-tanda kecil juga menunjukkan kedatangan kiamat telah banyak terjadi dan itu semua sebagai peringatan agar manusia sedar dan bertaubat.

No comments:

Post a Comment